Assalamualaikum.
Ni bukan 'its been awhile',
tapi sungguh dah makan tahun aku tak usik yang namanya BLOG.
Maafkan aku.
Dalam beberapa tahun ni,
dah banyak yang berubah dalam hidup aku.
Sukar?
Tuhan saje yang tahu.
Struggle cari diri sendiri.
Struggle menjadi HAMBA kepada pencipta.
(by the way,2014 umur aku dah 20)
*tua!
Betullah orang cakap.
Hidayah Allah tu kita kena cari.
Nak tunggu sampai bila?
Tidak ada istilah 'belum sampai seru'.
Aku masih merangkak.
Dalam ujian yang Dia bagi,
Dia buat aku kembali sujud.
Mahal harga yang aku perlu bayar.
Sangat mahal untuk tebus segala macam khilaf aku suatu ketika dahulu.
Tapi,tidak mengapa.
Kerana,
Jannatul Firdaus itu sangat mahal.
Aku bukanlah manusia sempurna.
Malah,aku tidak akan pernah sempurna.
Aku hanya mampu menolong insan seperti aku suatu ketika dahulu sedaya aku.
Itu sahaja bakti yang aku berikan kepada saudara aku di luar sana.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah,
yang kurang itu datang dari diri aku sendiri.
Allahualam.

No comments:
Post a Comment