Assalamualaikum.
Ehem ehem ehem..
Tiba tiba je kan aku nak cakap pasal poligami dengan keadaan umur aku yang baru 21 tahun.
Aku sendiri belum pernah berkahwin.
Tapi aku terpanggil untuk menulis entry tentang poligami
setelah dihentam maha padu dalam kelas secara umum.
"perempuan,kalau kamu menolak poligami bermakna kufur. Poligami ni harus. Allah S.W.T
yang membenarkan poligami ni berlaku. Awak siapa nak kata TAK BOLEH?''.
Deep!
Memang menyentak tangkai hati.
Dah tentulah,siapa yang kurang waras sangat nak bagi suami dekat orang lain.
Ok,tak payah suami lah..
Boypreng anda.
Nak bagi boypreng anda dengan perempuan lain selain anda?
Sanggup?
Tak kan...?
Aku pun tak sanggup.
Tapi,
setelah diberi penerangan..aku macam rela jugaklah.
Dah tentu bukan menyerah suka suka.
Nak buat apa apa mesti perlukan sebab.
Poligami HARUS yang BERSYARAT.
Aha.
1. Membatasi jumlah isteri yang dikahwininya.
Dalam Islam, 4 orang dalam satu satu masa.
Kenapa?
Allah S.W.T berfirman :
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu ber-kenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3).
2. Diharamkan bagi suami mengumpulkan wanita-wanita yang masih ada tali persaudaraan menjadi isterinya.
Aiseh..mana boleh nak kahwin kakak dengan adik sekaligus.
Cuba bayangkan adik beradik berkongsi suami yang sama.
Agak agak harmoni tak rumah tangga tu?
Mungkin harmoni,tapi harmoni dengan bunyi pinggan mangkuk berlaga.
Rasulullah S.A.W bersabda :
"Sesungguhnya kalau kamu berbuat yang demikian itu, akibatnya kamu akan memutuskan silaturrahim di antara sesama kamu." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim).
3. Berlaku adil.
Cubalah buat 'survey' berapa ramai yang betul betul mampu adil kepada isteri isteri tanpa ada terkurang atau terlebih.
Susahnya adil ni sebab perempuan itu sendiri sifatnya mudah cemburu.
Firman Allah S.W.T ;
"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3).
Adil ni termasuklah..
i) adil pada diri sendiri.
-kalau tak mampu bekerja,tak mampu nak sara ramai isteri tapi tetap kahwin lagi,itu namanya aniaya diri sendiri!
ii) adil terhadap para isteri.
"Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah." (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal).
Ehem.
Banyak nak kena adil ni wahai adam.
-nafkah.
-giliran bermalam.
-tempat tinggal.
-anak anak pun kena cukup kasih sayang.
Susahnya adil ni..
"Dan kamu tidak akan dapat, berlaku adil antara isteri-isteri kamu, sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya)", Surah An-Nisa,129.
**********************************************************************************************
Perempuan.
Aku pun seorang perempuan.
Macam mana nak terima poligami?
(ini adalah refleksi aku kepada diri sendiri)
1. Apa yang kau rasa kalau suami berzina dengan perempuan lain?
2. Apa kau rasa kalau suami asyik keluar dengan perempuan lain? (dating lah)
Agak agak,lebih baik halal ke haram?
Pada aku,lelaki kahwin mestilah nak zuriat kan?
Kalau kita yang perempuan ni tak mampu,
biarlah.
Reda jelah dia kahwin lain dari jadi masalah yang entah apa apa kan?
Satu je kita kena ingat.
Allah takkan menzalimi hambaNya dengan menguji luar batas kemampuan kita.
Mungkin,
satu hari nanti aku sendiri akan berhadapan situasi ni.
Siapa tahu kan?
Moga yang di luar sana itu kuat!
p/s ; saja nak beritahu aku nak ambil kursus kahwin. muehehehe.
Allahumma Ahyina Bil Iman..
