Selamat malam.
Entry malam ni aku saja niat untuk tuju tegak kepada kaum Hawa di luar sana.
Pertama sekali,
aku minta maaf banyak banyak andai ada hati yang bakal terguris.
Maklumlah,
awal dulu aku pun teruk jugak kena kaw kaw dengan Ustaz Tuan.
Baiklah.
Bismillahirrahmanirrahim.
Aku cuma seorang anak gadis yang 'agak' suka memerhati apa yang berlaku di sekeliling aku.
Aku kecilkan skop pandangan aku.
Aku suka lihat cara pemakaian seorang PEREMPUAN.
Aku bukan kaki shopping.
Aku bukan minah make up.
Aku bukan stylista punya spesies.
Senang cerita,
aku ni asal boleh je (zaman kegelapan aku dulu)..
TAPI..
Sebab asal boleh ni pun jadi masalah sesungguhnya.
(aku perhati kebanyakannya macam ni)
Nak keluar :
-jeans/slack
-tshirt (lengan panjang pendek asal pakai)
-tudung main selempang atas bahu (dada tak berapa di cover mana)
-selipar jamban memang pilihan
-bedak baby tepek lebih kurang (minah mekap dah out).
Siap!
Nampak macam takda masalah kan?
Macam jelah.
Banyak masalah sebenarnya..
1 . Seluar.
Tak kata tak boleh pakai seluar. Tapi kalau dah seluar tu nampak bentuk kaki.. Hmm..
2. Baju.
Lengan panjang elok dah, Tapi singkat. Tak tutup punggung. Alahai..
Yang lengan pendek tu kata apa? Pakai handsocks? Maaf,masih nampak BENTUK tangan.
3 . Tudung.
Haa..ini memang. Ini memang lah paling aku alert sesangat.
Comey dah pakai tudung, TETAPI.
Tudung sunguh sungguh atas dada. In fact,tak tutup dada langsung.
Itu belum bahagian belakang boleh nampak tengkuk. Singkat!
Belum cerita toncet keman tinggi macam bonggol unta lagi.
Kusss...semangat.
(==')
3 . Selipar.
Memang sempoi pakai seliapar jamban ke sana ke mari sebab selesa.
Tapi..aurat kita ni SEMUA kecuali muka dan tapak tangan. Ada sebut kaki tu bukan aurat?
4 . Alat solek.
Sekadar menutup cela itu diharuskan, Tapi kalau dah rupa opera cina,nak jadi apa?
Assalamualaikum.
Kita berhias bukan untuk tontonan umum.
Berhias pada yang namanya SUAMI sahaja.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Okay.
Majoriti macam kat atas tu.
Tapi sekarang lagi dasattt.
1.
Pakai seluar getah (aku tak tahu dia panggil apa),
baju fit lengan pendek,
pakai tudung.
2.
Pakai seluar getah (sekali lagi aku ulang,aku tak tahu dia panggil apa),
baju dress labuh belakang singkat depan,
tudung singkat dengan bonggol unta,
selipar/heels.
3.
Jubah / baju kurung ngammmm ikut bentuk tubuh,
tudung singkat / biasa biasa.
4.
Pakai seluar,
Baju nipis,
Pakai tudung.
aaahhhhhhh,kusut aku tengok.
Aduh la kaum hawa.
Meriah sungguh.
Tolong jelaskan pada aku apa yang kau definisikan dengan aurat?
Aku pernah kena 'sound' dengan ustaz gara-gara aku lipat lengan baju kurung.
Serius memang beliau tembak menusuk ke kalbu.
Padan muka aku!
Ustaz pernah tanya.
''kamu suka sangat tunjuk itu ini,dedah sana sini,bangga sangat ke? Apa kamu dapat? Suka orang puji? Apa pujian tu boleh tolong selamatkan kamu ke masa dalam kubur?''.
Aku tahu satu kelas budak perempuan memang terasa.
Takda siapa kata bertudung tu wajib.
Yang wajib tu tutup aurat.
Kan?
Come on lah..
Zaman sekarang dah macam zaman jahiliah.
Fesyen yang maha mengarut tu lah kau ikut.
Malu kot.
Aku malu bila adik / kawan aku yang lelaki tanya,
''apsal perempuan sekarang suka pakai sekian sekian sekian? Baik tak payah pakai terus. Tudung tu tanggal jelah''.
Sentap!
Malu!
Tentulah aku malu dah deme tu sound spesies aku kot.
Back to basiclah sis.
Islam ajar kita TUTUP aurat,bukan BALUT aurat.
Mungkinlah lelaki suka tengok kau cantik sana sini.
Tapi once dia nak cari isteri,takdanya dia nak tayang bini dia jadi tontonan umum.
Dayuslah kalau duk tayang kecantikan bini kat bukan mahram.
Senang macam nilah.
Nak keluar rumah tu,cuba tanya diri sendiri agak agak Allah reda tak apa yang kita pakai?
Apa yang kita pakai masa nak keluar tu boleh tak terus dibuat solat tanpa perlu pakai telekung?
Kalau boleh, InsyaAllah Allah reda.
Kira dah tutup aurat kan? :)
Kita pakai tudung bukan setakat tutup rambut.
Tapi dada tu tutup lah. Tayang wat mende??
Labuhkan hijabmu hingga menutupi dadamu.
Mula mula nak jaga memang aku mengaku susah jugak.
Nak keluar pakai stokin..
Nak keluar pakai stokin..
Tudung nak pastikan tutup dada..
Baju kena confirm tak ketat dan labuh..
Aku tahu memang susah sikit..
Aku tahu..
Aku dah rasa..
Tapi percayalah..
Dalam kita terpaksa..
InsyaAllah kita akan ikhlas lakukan segalanya..
Tak payah peduli la orang nak kata kita pakai ketinggalan zaman ke,
makcik makcik ke..
Yang penting kita tak ikut style orang akhir zaman.
Kan?
:)
Bila kau dah biasa jaga cara kau berpakaian,
istiqomah.
Dugaan tu akan sentiasa ada.
Allah ada dengan kau.
Jangan takut untuk berubah.
Kita tak kejar pujian manusia.
Tapi kita kejar darjat di sisiNya.
Satu je aku nak cakap yang paling best.
Orang akan hormat kau sebagai seorang wanita :)
Percayalah.
Allahualam.
No comments:
Post a Comment