Semua orang tahu yang kata seorang ibu tu selalunya betul.
In fact memang payah nak salah.
Yelah,since beliau IBU.
Naluri kaum ibu ni memang ohsem gitu.
Aku cakap pun sebab ada cerita.
Haha.
Aku lepasan STPM kan?
Nak sambung form 6 tu..err,tahan berperang dulu baru aku nak sekolah.
Yelah,jahil tak jahil bila mama suruh sekolah aku cakap ''malaslah''.
Wahh,sesedap jiwa aku je kan?
Cakap takda turning back langsung =='
Sudahnya,sekolah lah jugak..
Aku decided untuk ambil Syariah.
Kenapa?
Allahualam.
Kenapa?
Allahualam.
Aku anggap itu titik mula aku untuk cari siapa aku atas muka bumi ni (ayat poyo).
Tapi serius aku cakap,
aku sangat suka belajar syariah.
Walaupun aku tak berapa nak cerdik mana,
tapi aku nak bangga jugak!
Terpaksalah jugak aku mengaku kat sini yang aku cuma boleh score 3.00
and above untuk Bahasa Melayu dan Syariah SAHAJA.
Sejarah dan Pengajian Am hanyuttttttttttt~
Tulah,awal awal mama abah suruh sekolah aku eksen sangat.
Dah belajar,seronok.
Agak agak kalau aku tak dengar kata masa tu,
mesti menyesalkan?
Tamat STPM aku dengan pointer 2.84 jekk.
(padan muka aku. siapa suruh malas study?)
Habis STPM..
Kerja?
Suka hati aku nak kerja mana.
(^_^)
bla....bla...bla...
Permohonan UPU aku untuk ke UMS tak lepas.
Masa tu sedih jugak.
Tapi aku relaks lagi.
Aku buatlah rayuan.
Aku buatlah rayuan.
Bila rayuan pun sangkut..aku pun merajuk lerr.
Mama suruh mohon direct,aku taknak (degil lagi).
Mama suruh mohon itu ini pun aku buat 'dang' je.
Entah macam mana,
aku guna khidmat IncikGoogle,
aku pun search lah Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).
Mama pun turut serta.
Mama check segala bagai sampai beliau puas hati..
Mama pun tanya,
"kakak nak masuk sini? Psikologi kakak minat?".
Aku pun jawab lah ala-ala anak solehah,
"boleh je ma. As long as kakak boleh belajar untuk cuba tunaikan apa mama nak'.
Tak fikir lama,aku terus mohon.
Dugaan lain pulak yang datang..
Dah mohon kena reject.
Nak merajuk sekali lagi dah ni..
Mama pujuk suruh mohon semula.
Aku pun turutkan.
First day aku kerja tempat baru,surat tawaran pun sampai.
Okay,sekarang dah boleh senyum :)
Sungguhla perancangan Allah S.W.T tu cukup cantik.
Nak tunggu 1 Disember 2014,
aku diuji seberat-berat ujian.
Aku bukan nak nangis.
Tapi dah macam orang tak waras.
Allah duga aku macam tu,
Dia hantar pulak orang lain untuk tolong aku terus hadap realiti yang hidup ni tak pernah sunyi dengan dugaan.
Ya,aku tahu dan aku sedar aku leka mengejar dunia.
Macam yang aku cakap..
Allah susun segalanya sempurna!
Timing semua perfect.
Dalam ujian tu,
manisnya hidayah Allah tu turun.
Dia sentuh segala saraf dan nadi aku.
Bukan mudah nak berubah.
Tapi tu bukan alasan taknak berubah. Kan? Kan?Kan?
(^_^)
Sekarang,
dah dua minggu aku bergelar siswi KUIM.
Alhamdulillah jugak,
semua kat sana terjaga.
Baik solat,pergaulan..
Sungguh tak salah aku dengar kata mama.
Aku sedang menikmati indahnya 'hijrah'.
Apa yang aku nak cakap sebenarnya..
1 . Pilihan ibu bapa itu yang terbaik.
Reda Allah terletak apabila ibu bapa kita reda dengan apa yang kita lakukan.
2 . Jangan pernah merungut dengan ujian yang Allah turunkan kerana Allah takkan uji satu jiwa luar batas kemampuan jiwa itu sendiri.
3 . Percayalah,Allah takkan uji sia sia kerana setiap kejadian itu terselit satu hikmah yang boleh merubah hidup kita sekelip mata.
4 . Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah.
5 . Ketahuilah,ujian itu turun kerana Allah rindu mendengar rayuan kita.
Kembali padanya.
Mari menjadi hamba!
Allahualam.
*terima kasih kepada anda yang telah membuka mata saya :)
kehadiran anda mungkin akan membuka satu lagi lembaran baru dalam hidup seorang SYUHADA..
No comments:
Post a Comment