Sunday, August 12, 2012

JP

Salam 1 Malaysia.
Harini hari ahad dan merupakan ahad
TERAKHIR sebelum tamat RAMADHAN ;')
Tak tahu tahun depan jumpa lagi ke tak.

Ok,harini aku nak cerita ikut suka.
Tiada topik khusus.

Tadi pagi aku terbaca kes JOHARI PAIN
yang kata dia berani kerat ***** dia kalau
Pandalela dapat pingat.
Dan nasib dia SANGAT MALANG sebab
PANDALELA DAH DAPAT PINGAT.
Yeah,sekarang semua orang suruh dia tunai janji.
Amekkaaw!
Lepas tu dia sibuk tweet
''sedangkan nabi pun ampunkan umat''..
Ewah3.. sekarang kau baru nak cakap pasal agama?
Masa mula-mula kau kata macam tu,
kau tak fikir pulak kan?
Pegi arwah la kau.

-tamat cerita 1-

Sekian untuk hari ini.
Bubye~
~Hehe~

Monday, July 23, 2012

Aku Budak Syariah

asssalamualaikum.
Setelah duatelah tigatelah aku tak update
blog ini,kerinduan mula bersarang.
Ah,aku bohong je tu.
Sebelum aku mula menekan papan kekunci dengan
lebih ligat lagi (tiba2 perut aku berbunyi),
aku rasa belum terlambat untuk mengucapkan
SELAMAT BERPUASA KEPADA BLOGGERS SEKALIAN.

back to the earth.
Kesibukan aku menghalang keaktifan aku mengUPDATE
blog aku yang makin suram setelah aku kembali ke SEKOLAH.
Ya!
Aku telah kembali ke sekolah dengan rasminya
sebagai seorang pelajar tingkatan 6
di sebuah sekolah yang
tidak patut aku mention atas sebab keselamatan.

Aku duduk kat FAKULTI syariah. 
Tolong jangan kata KELAS.
INI AMARAN!

Alhamdulillah pilihan aku pilihan terbaik aku kira.
Belajar dengan student syariah ni bukanlah
semua mereka 'islamic'.
Kalau kau ada kat tempat aku,kau mesti tak percaya
budak syariah sangat HAPPENING.
Kalah budak fakulti lain.
Mula-mula aku terkena jugak culture shock.
Dekat sekolah lama,suasana sangat kondusif.
Aman..damai..Tapi kat sini..
Allah,bising sungguh!
Kecuali waktu MUET.
Gara2 tak berapa fluent nak speaking,
kami ambil keputusan untuk DIAM.

Harini hari kedua puasa dan hari pertama ujian.
Soalan sangat senang.
Tapi jawapan yang sangat susah ==''

Tapi,aku bersyukur sangat hidup sebagai
BUDAK SYARIAH.
Sangat banyak tentang islam aku persoalkan.
Maksud aku,aku belajar benda baru tentang islam :)

-CikGmok-

Saturday, June 23, 2012

Reda

Selagi hidup kita bergelar manusia,
kita akan sentiasa di uji.
Tak kira bagaimana,
ujian itu sering saja muncul.
Itu tanda Allah sayang kita.
Dia mahu menguji setabah mana kita,
REDA atau tidak dengan takdirnya.

Janganlah beranggapan masalah itu besar,
kerana Allah itu sesungguhnya Maha Besar.
Andai kehilangan sesuatu itu
menyebabkan dadamu sesak,
mengadu pada Dia.
Dia Maha Mendengar,Dia Maha Mengasihani.

Menangislah jika itu mampu memberi sedikit ketenangan.
Rindu pada sesuatu yang telah hilang?
Berdoalah pada Allah agar memercikkan secebis kekuatan.


*Tuhan,aku rindukan dia..
kembalikan dia ya Allah ;'(
Jika kehilangan dia merupakan yang terbaik untukku,
redakan hatiku dengan ketentuanMu.

Thursday, June 14, 2012

Test JPJ

first of all,
say thanks to Allah and
say Alhamdulillah.
Aku dah lulus JPJ test kereta.
Motor pun dah lulus.
Semua sekali buat je.

Tapi ada sedikit isu yang buat aku tak puas hati.
PAKCIK-PAKCIK JPJ tu hampeh betullah!
Lagi-lagi yang jaga kat area side parking.
Aku punyalah senyum,
beliau boleh buat bangang je?
What the fish???
Eleh,konon-konon nak tunjuk ketegasan.
Tapi,jangan la samapai macam tu sekali.
Tak rugi la hoi kau senyum.
Bukan aku kata kena bayar pun!
Bwek!!!
MENYAMPAH.

Wahai pakcik-pakcik and abang-abang JPJ,
janganlah berlagak sangat.
Aku bukan hadap sangat senyum kau,
tapi cubalah ada sense of humor sikit.
Kata budi bahasa budaya kita.
Celah mana datang semua tu
kalau senyum pun payah??

Sunday, June 10, 2012

Untuk Kau .. Kawan

Kawan.
Kau yang selalu ada untuk aku.
Jatuh bangun aku,tak pernah lagi
kau tinggalkan aku hadapi semua ni seorang diri.
Kau seolah-olah tulang belakang aku.
Yang sentiasa menyokong aku,
bagi kuliah-kuliah plus tazkirah free,
dan menjadi pendengar yang baik.

Sehingga suatu saat,
aku terjaga di tengah malam hanya kerana
terlalu bimbangkan kau.
Hampir putus nafas aku dek kerana
aku mimpi kau dah tinggalkan aku.
Macam kenyataan.
Aku bangun dengan teresak-esak
mencari kau.
Menggigil aku bila kau menghubungi aku.
Khuatir andai khabar buruk menanti di hujung talian.

Alangkah bersyukurnya
di talian itu aku dengar suara kau.
Tuhan saja yang tahu betapa
leganya hati aku waktu itu.

Waktu itu juga,
aku pasti bahawa aku terlalu
SAYANG kau kawan.
Aku tahu,sebahagian hidup aku kini
ada bersama kau.

Kawan,
perkenalan kita menjadikan siapa aku
sekarang.
Ukhwah yang terjalin banyak memberi
manfaat dalam setiap masa yang ada bersama kau.
Aku terlalu menghargai kurniaan
Ilahi yang Tuhan beri.
KAU.
Kaulah kurniaan itu.
Mungkin aku menjadi manusia yang terlalu tamak
kerana aku tidak mahu kehilangan kau.

Satu hal yang kau perlu tahu..
Kau adalah KAWAN aku dunia akhirat.
InsyaAllah.

Saturday, June 9, 2012

Fikir fikir

Hidup ni kadang-kadang macam NOVEL.
Lain cerita,lain kesudahannya.
Tapi,jalan ceritanya tak macam LAGU.
Boleh sedih dari awal sampai akhir.
Sebenarnya,hidup kita tak pernah
boleh dijangka apa yang bakal terjadi selepas
satu saat pun!

Itulah lumrah kehidupan seorang manusia.
Ada masa sedih,ada masa gembira,
ada masa tersungkur..macam roda.
Sekejap dekat atas,sekejap dekat bawah.

Tapi,
setiap apa yang berlaku adalah untuk
menguji setabah dan sekuat mana 
hati kita sebagai manusia nak hadapi kesukaran.
Mana boleh asyik nak senang je.
Kalau semua orang senang,siapa nak susah?

Berganti pulak tentang perasaan.
Yang ini paling parah sebab perasaan ni
terlalu complicated untuk difahami segelintir
individu yang tak ada perasaan a.k.a kayu.

Perasaan tak boleh dipaksa.
Tapi boleh dipupuk. Macam mana?
Terpulanglah pada diri masing-masing,
Yang penting CUBA.
Bila dah mula sayang,jangan pulak CUBA
nak main tarik tali..
Yang baru dibina takut roboh sekelip mata.

Hidup manusia terlalu kompleks.
Tak semua manusia mampu fleksibel
pada semua perkara.
Tak kurang juga yang tak pernah secure 
pada keadaan diri sendiri pun!

Akal fikiran menjadi
penasihat kepada menteri hati.
Gunakan sebaik-baik anugerah
untuk menentukan apa yang terbaik untuk diri sendiri.

Abaikan kata-kata hinaan orang
yang tak senang bila kita senang.
Kalau kita buat baik,
ignore je deme tu.
Kalau buat benda tak baik,
memang mintak penamparlah kan.

Tolong berfikir sebelum terfikir
untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan 
akibat dari perbuatan yang dilakukan
tanpa berfikir.

(^_^)
-CikGmok-

Sunday, June 3, 2012

Ujian Dia

Salam.
Harini aku nak berkongsi sedikit
masalah yang mungkin sampai sekarang masih
dialami segelintir individu.

Disebabkan seseorang itu masih muda,
adakah dia langsung tidak diberi peluang untuk
menentukan apa yang dia mahu?
18 tahun adakah masih perlu menurut
apa yang diaturkan 100%?

Dalam hal ni,bila seseorang
itu terpaksa berhadapan dengan ramai pihak
yang menaruh harapan atau mengharap
sesuatu (macam sama je) dari dirinya,
adkah dia masih tidak diberi peluang untuk
menentukan hidupnya?

Bukanlah aku kata nak jadi anak derhaka,
tapi aku rasa dah cukup untuk dia tahu kemampuan
dia bagi melakukan sesuatu perkara.

Tapi,
kata siapa yang perlu diutamakn?
Mereka atau diri sendiri?
Kalau kata mereka tapi kita tak puas hati,
boleh jadi gaduh pulak.
Kalau ikiut kepala kita pun,
boleh gaduh jugak.

Susah bila tersepit ditengah-tengah.

Cuma,ingatlah..
Allah takkan menguji hambaNya di luar
kemampuan seorang itu.
Dia telah pun menyediakan jalan keluar.
Kita perlu CARI jalan itu.

Mengeluh bukan penyelesaian
dan mengeluh takkan mampu menyelesaikan.

Kadang-kadang kita tak nampak
yang didepan mata itu adalah permata
kerana kita masih rakus mencari mutiara 
yang belum pasti ada di dasar lautan.


(^_^)

Tuesday, May 29, 2012

Mereka

Hye..First of all aku nak bagitau yang
aku dah berjinak dengan dunia BLOGGER ni
dah dekat dua tahun.
Cuma blog ni baru aku 'beranakkan'
atas sebab aku dah delete blog lama aku yang
dah sangatlah serabut aku kira.
Ok,cukup!

Mereka? Siapa meraka tu?
Ha..'mereka' yang aku maksudkan
tu ialah segelintir remaja yang berpeleseran
di Shopping Mall bertaraf 
'tempat nak cari ikan'.
Yang aku nak cerita bukanlah kerana 
mereka berpeleseran sedemikian rupa.
Tetapi,cara mereka BERPAKAIAN.
Oh please...Setakat nak pergi 
TEMPAT CARI IKAN,
tak usahla nak berpakain macam nak pergi
masuk Pavi , Alamanda atau City Square.

Alahai..sakai sungguh!
Pelik aku tengok mereka ni. Kelakar pun ye
jugak. Setakat tempat macam tu,pakainye
meriah yang amat. 

*kepada anda yang berkelakuan begini,
bukanlah berniat menghina,jauh sekali 
mencaci. Fikirkanlah. Anda dah besar?
Mesti anda tahu yang mana
sesuai atau takkan?

Fikir fikir dan timbang timbanglah
(^_^)