Sunday, June 10, 2012

Untuk Kau .. Kawan

Kawan.
Kau yang selalu ada untuk aku.
Jatuh bangun aku,tak pernah lagi
kau tinggalkan aku hadapi semua ni seorang diri.
Kau seolah-olah tulang belakang aku.
Yang sentiasa menyokong aku,
bagi kuliah-kuliah plus tazkirah free,
dan menjadi pendengar yang baik.

Sehingga suatu saat,
aku terjaga di tengah malam hanya kerana
terlalu bimbangkan kau.
Hampir putus nafas aku dek kerana
aku mimpi kau dah tinggalkan aku.
Macam kenyataan.
Aku bangun dengan teresak-esak
mencari kau.
Menggigil aku bila kau menghubungi aku.
Khuatir andai khabar buruk menanti di hujung talian.

Alangkah bersyukurnya
di talian itu aku dengar suara kau.
Tuhan saja yang tahu betapa
leganya hati aku waktu itu.

Waktu itu juga,
aku pasti bahawa aku terlalu
SAYANG kau kawan.
Aku tahu,sebahagian hidup aku kini
ada bersama kau.

Kawan,
perkenalan kita menjadikan siapa aku
sekarang.
Ukhwah yang terjalin banyak memberi
manfaat dalam setiap masa yang ada bersama kau.
Aku terlalu menghargai kurniaan
Ilahi yang Tuhan beri.
KAU.
Kaulah kurniaan itu.
Mungkin aku menjadi manusia yang terlalu tamak
kerana aku tidak mahu kehilangan kau.

Satu hal yang kau perlu tahu..
Kau adalah KAWAN aku dunia akhirat.
InsyaAllah.

No comments: