Salam.
Harini aku nak berkongsi sedikit
masalah yang mungkin sampai sekarang masih
dialami segelintir individu.
Disebabkan seseorang itu masih muda,
adakah dia langsung tidak diberi peluang untuk
menentukan apa yang dia mahu?
18 tahun adakah masih perlu menurut
apa yang diaturkan 100%?
Dalam hal ni,bila seseorang
itu terpaksa berhadapan dengan ramai pihak
yang menaruh harapan atau mengharap
sesuatu (macam sama je) dari dirinya,
adkah dia masih tidak diberi peluang untuk
menentukan hidupnya?
Bukanlah aku kata nak jadi anak derhaka,
tapi aku rasa dah cukup untuk dia tahu kemampuan
dia bagi melakukan sesuatu perkara.
Tapi,
kata siapa yang perlu diutamakn?
Mereka atau diri sendiri?
Kalau kata mereka tapi kita tak puas hati,
boleh jadi gaduh pulak.
Kalau ikiut kepala kita pun,
boleh gaduh jugak.
Susah bila tersepit ditengah-tengah.
Cuma,ingatlah..
Allah takkan menguji hambaNya di luar
kemampuan seorang itu.
Dia telah pun menyediakan jalan keluar.
Kita perlu CARI jalan itu.
Mengeluh bukan penyelesaian
dan mengeluh takkan mampu menyelesaikan.
Kadang-kadang kita tak nampak
yang didepan mata itu adalah permata
kerana kita masih rakus mencari mutiara
yang belum pasti ada di dasar lautan.
(^_^)
No comments:
Post a Comment